Wow, Suami Hadiahkan Kereta Jenama Tesla Buat Tya Arifin!

Menantu kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin telah menerima hadiah yang cukup bermakna baru-baru ini.

wow, suami hadiahkan kereta jenama tesla buat tya arifin!

Bersempena dengan hari lahir dan ulang tahun perkahwinannya bersama Asyraf Khalid, Tya Arifin dilihat telah dihadiahkan sebuah kereta berjenama Tesla.

 

Menerusi video yang dimuatnaik Asyraf, Tya dilihat tergamam dan teruja apabila menerima hadiah yang cukup bermakna itu.

wow, suami hadiahkan kereta jenama tesla buat tya arifin!

“Tapi I happy juga dapat kereta..” ujar Tya ringkas.

 

Asyraf menerusi ruang kapsyen juga telah menyampaikan ucapan cukup bermakna buat isterinya itu.

wow, suami hadiahkan kereta jenama tesla buat tya arifin!

“Happy 7th anniversary sayang! Alhamdulillah, sudah tujuh tahun kita mendirikan rumah tangga dan saya masih kagum dengan kecantikan, kebaikan, kerajinan dan dedikasi kamu terhadap semua perkara yang kamu lakukan.

“Terima kasih kerana mencintai saya sungguhpun saya punya kekurangan dan selalu menyokong saya dalam setiap hal. Saya tahu saya tidak akan menjadi saya sekarang tanpa sokongan dan kepercayaan kamu.

“Insya-Allah, kita akan melalui lebih banyak cabaran lain yang menakjubkan bersama. Saya akan buat apa yang saya mampu untuk menjadikan impian kita realiti.

“Saya sayang kamu dan harap kamu suka dengan kejutan kecil ini,” tulis Asyraf.

 

Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.

 

Sumber: Instagram