Isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meluahkan rasa syukur memiliki suami yang juga seorang ayah yang baik.
Menerusi video di TikTok, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Binti Ahmad Adnan mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang banyak berkorban untuk keluarga mereka dengan hasil penat lelahnya bekerja.
“Ayah yang hebat.. suami yang hebat.. Terima kasih sayang atas segala penat lelah pengorbanan you untuk keluarga kecil ini… I tahu you penat sangat.
“Semoga Allah membalas segalanya.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk you. Sayang you, I doakan you always,” ujar Tya.
Video berkenaan meraih hampir 3 ratus ribu tontonan dengan rata-rata memuji Shukri Yahaya kerana sentiasa mengutamakan anak-anak serta isteri.
Malah ada netizen yang berharap tiada orang ketiga atau ‘penyondol’ yang datang menggangu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Putrajaya. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Sumber: Tiktok