Tutup Bazar Ramadan Kalau Ada Jangkitan COVID-19

"Kita nak benarkan penganjuran bazar berterusan sehingga akhir Ramadan tetapi sekiranya pematuhan SOP masih diingkari dan dapati berlaku peletusan wabak atau jangkitan (COVID-19) di bazar berkenaan maka tempat itu akan ditutup,", demikian amaran yang dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa apabila mengulas mengenai SOP di bazar ramadan, semalam.

tutup bazar ramadan kalau ada jangkitan covid-19

Tahun ini, bazar ramadan dibenarkan untuk dibuka dengan pematuhan SOP yang ketat bagi membendung penularan wabak COVID-19.

 

Menurut beliau, pengunjung bazar wajib patuh kepada SOP yang ditetapkan, terutamanya dari segi jumlah individu bagi menjaga penjarakan fizikal.

 

Tahun ini, sebanyak 66 kawasan di seluruh wilayah telah dibenarkan untuk menganjurkan bazar ramadan, berbeza sekali dengan tahun sebelum ini.

 

Tambah beliau lagi, antara SOP yang perlu diperbaiki dan dipatuhi adalah penganjur perlu memastikan pengunjung hanya boleh melalui satu laluan masuk dan keluar.

 

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk memainkan peranan penting bagi membendung wabak ini, khasnya kepada penganjur Bazar Aidilfitri di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang akan dibuka semula pada 17 April ini.

 

Sumber: Astro Awani