Tuju Bergabung Dengan Ustaz Kazim Elias Dan Tyco Untuk SALAWAT 1442

tuju bergabung dengan ustaz kazis elian dan tyco untuk salawat 1442

Bersempena sambutan Maulidurasul, salah seorang penyanyi kumpulan K-Clique, Tuju telah bergabung dengan Ustaz Kazim Elias dan rapper lagenda, Tyco dalam satu lagu yang berjudul Salawat 1442.

Lagu ini turut digubah dan liriknya turut ditulis oleh Tuju bersama Neo dan Almanjawi. Bukan itu sahaja, Salawat 1442 adalah lagu pertama Ustaz Kazim Elias menyanyi secara professional.

“Ramai yang tahu saya memang suka menyanyi ketika melaksanakan ceramah. Alhamdulillah, saya bersyukur dan hargai kepercayaan yang diberikan oleh Dato' Norman Abdul Halim untuk merakamkan sebuah lagu sempena Maulidurasul bersama dua ahli rap terkemuka, iaitu,TUJU dan TYCO.” Kata Ustaz Kazim Elias.

Jom dengarkan lagu ni