Tuah Adzmi Rela Beli Kereta Second Hand Asalkan Tak Hutang Bank

Mempunyai kereta sendiri mungkin impian ramai antara kita, kerana ia akan memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke satu destinasi lain.

 

Disebabkan itu, penyanyi, Tuah Adzmi sanggup membeli kereta terpakai dan tidak kisah jika ia bukanlah sebuah kereta serba baharu.

tuah adzmi rela beli kereta second hand asalkan tak hutang bank

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Arumi Nafis Mohd. Adzmi, 24, dilihat berkongsi sebuah kereta jenis Satria Neo yang dihiasi riben, menjadi tanda dirinya telah memberi kereta baharu, meskipun ia adalah kereta terpakai.

 

Menurut Tuah, beliau membeli kereta itu selepas ‘trade in’ kereta Perodua Myvi yang digunakannya sebelum ini.

tuah adzmi rela beli kereta second hand asalkan tak hutang bank

Ujarnya, dia tidak kisah untuk menggunakan kenderaan terpakai asalkan tidak berhutang keliling pinggang dengan pihak bank.

 

“Kalau boleh saya memang nak mengelak buat pinjaman dengan bank. Jadi saya tidak rasa terbeban walaupun tukar kereta lain. Lagipun komitmen saya banyak.

“Saya siap ambil sekali jaminan (warranty) supaya jika ada kerosakan besar, saya tidak perlu tanggung. Ambil kereta terpakai macam-macam boleh jadi.

“Kesimpulannya saya tukar kereta hanyalah untuk memudahkan urusan dan cuba berjimat-cermat,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, jika ada rezeki untuk membeli kereta baharu suatu hari nanti, beliau lebih gemar untuk memiliki kereta jenama buatan Malaysia kerana harganya yang berpatutan dan berkualiti.

 

Sebelum ini, Tuan pernah menjual kereta kesayangannya iaitu Mini Cooper dengan harga RM18,000 disebabkan kesempitan hidup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Tindakan itu katanya terpaksa dibuat kerana terdesak untuk meneruskan hidup.

 

Sumber: Kosmo!, Instagram Tuah Adzmi