Lagi Seminggu Nak Raya, Trafik Di Kelantan Dah Mulai Sesak!

Meskipun sambutan Aidilfitri berbaki lagi satu minggu, rata-rata orang ramai sudah mula membuat persiapan masing-masing seperti pakaian, kuih raya dan lain-lain lagi.

.

Bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah negeri-negeri lain seluruh Malaysia dilaporkan sudah mula dipenuhi dengan kenderaan hingga menyebabkan kesesakan.

.

Misalnya di Wakaf Che Yeh, Kelantan, jumlah kenderaan dilaporkan meningkat dan trafik dikatakan sudah tidak bergerak.

 

 

Ekoran itu, polis Kelantan akan dikerahkan bagi membantu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Traffik negeri untuk mengawal lalu lintas di sempadan negeri dan pusat bandar.

"Anggota traffik boleh dikatakan kita menggunakan 100 peratus untuk kawal lalu lintas di sempadan negeri dan pusat bandar.

"Kalau kita tengok hari ini pun jumlah kenderaan sudah meningkat. Di Wakaf Che Yeh pada malam sudah tidak bergerak, bermakna bukan sahaja rakyat Kelantan yang ada, rakyat Kelantan yang dari luar pun sudah kembali," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

.

Beliau juga memaklumkan sekitar 2 juta kenderaan dijangka akan keluar dan masuk ke Kelantan bermula awal Ramadan hingga menjelang ke Syawal. Malah hujung minggu ini juga jalan utama dan jalan bandaran mungkin akan sesak kerana peningkatan kenderaan termasuk perantauan yang mulai pulang menyambut Aidilfitri.

.

Sumber: [1]