Town Mall, Filem Seram Inspirasi Daripada Kisah Benar

town mall, filem seram inspirasi daripada kisah benar

Sebuah bangunan terbengkalai diambil semula oleh sebuah syarikat pembinaan terkemuka untuk dijadikan pusat membeli-belah. Namun, ketika dalam pembinaan pelbagai perkara menyeramkan telah terjadi.

Town Mall, sebuah filem bergenre seram adaptasi daripada novel tulisan Hasrui Jawawi bakal menemui penonton tak lama lagi. Kalau korang jenis pembaca novel seram, mesti korang tahu akan novel ini dan kisah ini diinspirasikan daripada kisah benar.

Filem ini diarahkan oleh pelakon utamanya juga iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof. FIlem ini mengambil masa selama 25 hari untuk pengambaran dan turut menampilkan pelakon terkenal tanah air iaitu Reen Rahim, Intan Ladyana, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra dan ramai lagi.

Sepatutnya filem Town Mall berada di pawagam pada 26 Mac yang lalu. Tapi, disebabkan oleh penularan COVID-19 terpaksalah tayangannya ditangguhkan.

Namun, itu bukanlah penghalang kerana korang dapat tengok filem ni terus dari rumah. Dengan harga RM15 dan masa tontonan selama 48 jam secara berulangan, korang boleh lah enjoy filem ni dengan ahli keluarga.

Untuk pembelian, korang boleh ke saluran Astro First di saluran 480 bermula 25 Jun ini. Nak info lebih lanjut, boleh ke Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN