Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) atau total lockdown yang dikuatkuasa sejak 1 Jun lalu kini akan disambung lagi selama 14 hari bermula 15 hingga 28 Jun depan.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub selepas iputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat.
Menurutnya, ia mengambil kira jumlah kes harian yang masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam sebanyak 6,871.
Tambah lagi, prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal sama seperti mana yang diumumkan sebelum ini.
Katanya, beliau berharap tiada lagi kekeliruan dalam penguatkuasaan SOP memandangkan ia adalah sama seperti sebelum ini.
Sumber: Astro AWANI