‘Tak Mampu Nak Bersaing Dengan Dia’ - Tomok Mengaku Gerun Dengan Pesaing GV9, Jaclyn Victor

Penyanyi terkenal, Tomok mengaku dia ‘takut’ dengan salah seorang pesaing dalam Gegar Vaganza musim-9 (GV9) iaitu, Jaclyn Victor.

‘tak mampu nak bersaing dengan dia’ - tomok mengaku gerun dengan pesaing gv9, jaclyn victor

Menurut penyanyi berusia 38 tahun itu, Jaclyn Victor yang juga digelar Jac, mempunyai bakat menyanyi yang luar biasa.

“Tapi saya akan ambil perkara ini sebagai satu yang serius. Bukan untuk bertanding dengan dia tetapi dengan diri sendiri. Kalau nak bertanding dengan Jaclyn memang tak termampu.

“Jadi kena selesa dengan apa yang kita buat Insya Allah, kalau rezeki itu ada pasti milik kita,” katanya.

Dalam pada itu, Tomok turut mendedahkan dia tidak tahu-menahu mengenai nama para peserta yang akan bertanding dalam program itu sehingga selepas sesi bergambar untuk promo program.

“Saya langsung tak tahu tetapi masa photoshoot dapat klu serba sedikit tetapi beberapa hari selepas itu saya memang terkejut.

“Kalau tengok secara kasar semua barisan penyanyi yang terlibat memang kecut perut. Semua ada kelebihan tapi bagi saya, saya mahu bertanding dengan diri sendiri dan keluar daripada zon selesa,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar