Tomok Mohon Maaf Gagal Beri Persembahan Terbaik Di GV9

Salah seorang peserta program Gegar Vaganza 9 (GV9), Tomok telah memohon maaf kepada peminatnya selepas gagal memberikan persembahan terbaik pada pentas suku akhir malam tadi.

tomok mohon maaf gagal beri persembahan terbaik di gv9

Tomok yang membawa lagu nyanyian asal KRU berjudul Awas telah mendapat kritikan pedas daripada juri, sehingga menduduki kedudukan ketiga tercorot dengan markah 67.30.

 

Ekoran itu, Tomok dengan rendah diri tampil membuat permohonan maaf kepada peminatnya menerusi hantaran di IG Story dan Twitter.

 

“Maafkan saya guys,” tulis Tomok ringkas.

tomok mohon maaf gagal beri persembahan terbaik di gv9

Menerusi persembahan di GV9 malam tadi, Tomok telah menerima kritikan oleh ketua juri, Datuk Ramli MS yang menyifatkan nyanyian Tomok sebagai kurang memuaskan.

Malah ada yang menuduh Bob seolah-olah sengaja mensabotaj Tomok apabila memilih lagu yang dianggap sukar dan kurang sesuai dibawa di pentas pertandingan.

tomok mohon maaf gagal beri persembahan terbaik di gv9

Sumber: Utusan