Tomok Banyak Kali Terima Tawaran GV, Untuk Tahun Ke-9 Tak Mampu Nak Tolak!

tomok banyak kali terima tawaran gv, untuk tahun ke-9 tak mampu nak tolak!

Juara One In A Million musim ketiga, Tomok akui banyak kali menerima tawaran daripada produksi Gegar Vaganza untuk menyertai pertandingan ini.

Namun, dia belum bersedia ketika itu dan ambil keputusan tidak menyertainya.

Untuk tahun ke sembilan Gegar Vaganza, Tomok kini berani sahut cabaran dan bersaing dengan nama-nama besar seperti Shila Amzah, Dina Nadzir dan Jaclyn Victor.

“Saya teruja untuk masuk Gegarvaganza 9 ini, lebih-lebih lagi saya bersaing dengan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air.

“Platform Gegarvaganza ini amatlah terbaik untuk mengembangkan karier nyanyian serta ubati kerinduaan terhadap peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan. 

“Saya akan pastikan akan buat persembahan yang terbaik di hadapan jutaan peminat setia program realiti ini,” katanya kepada portal SYOK.

Dalam pada itu, Tomok juga akui Gegarvaganza akan melalui pelbagai tema nyanyian dan perlu lakukan dengan cara kreativiti sendiri.

Dia gusar untuk menyanyikan lagu genre Dangdut kerana ia di luar kotak bidang nyanyiannya.

“Secara jujurnya, nak nyanyi lagu dangdut sangatlah sukar kerana patah-patah lagu dan lenggok tu memang susah.

“Saya respect dan kagum dengan penyanyi-penyanyi dangdut kita yang terus perjuangkan genre ini,”ujarnya.

Gegarvaganza 9 akan mula bersiaran 18 September ini di Auditorium MBSA dan disiarkan secara langsung jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Ia akan dihoskan oleh pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Elly Mazlein serta barisan juri tetap Datuk Ramli Ms, Hetty Koes Endang dan Datuk Shafinaz Selamat.

 

Oleh: Syahdeen