“Saya Tahu Saya Tak Cantik, Tak Perlu Kutuk Sana Sini,” Tom Terkilan Dihina Hodoh

Penyanyi, Tom meluahkan rasa terkilan apabila dihina hodoh oleh seorang rakan selebriti.

“saya tahu saya tak cantik, tak perlu kutuk sana sini,” tom terkilan dihina hodoh

Menurut pemilik nama sebenar Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, beliau tidak menyangka rakan industri sendiri memburukan dirinya tanpa sebarang punca dan mengambil pendekatan bersemuka dengan individu terbabit.

 

“Saya pun baru tahu perkara ini daripada kawan-kawan dalam industri sendiri, tapi tak perlu saya sebutkan namanya kerana perkara ini sudah pun selesai.

“Cuma saya terkilan apabila orang yang kita kenal tikam belakang. Walaupun dia tidak mengakui perkara itu, dia sudah meminta maaf.

“Saya tahu saya tak cantik, asalkan cukup sempurna di mata suami dan anak-anak, tapi tak perlu jaja ke sana sini mengutuk saya,” katanya.

 

Isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu akui sudah biasa dengan kecaman, namun dirinya yang kini sedang hamil membuatkan emosinya cepat terusik.

usia kandungan cecah tiga minggu, tom akui alami keguguran

“Tak mengapalah saya pun dah padam hantaran itu, biasalah sebagai ibu yang sedang mengandung sekarang saya cepat sangat emosi.

“Saya pun tidak mahu perbesarkan isu ini sebab masing-masing pun punya pendapat sendiri. Dah saya hodoh, nak buat macam mana.

“Walaupun saya sedih, tak mengapalah kecantikan ini semua cuma pinjaman Tuhan,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, Tom berkongsi satu hantaran meluahkan rasa sedih apabila dirinya dihina kononnya tidak memiliki rupa paras yang menawan.

 

Sumber: HIB Glam