Banyak Komplikasi, Tom Selamat Lahirkan Baby Girl, “Saya Cuba Bersalin Normal, Tapi..”

Penyanyi, Tom, akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, pada Ahad, 18 Feb, jam 2.30 pagi.

banyak komplikasi, tom selamat lahirkan baby girl, “saya cuba bersalin normal, tapi..”

Menurut pemilik nama sebenar Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, beliau menamakan bayi perempuan itu dengan nama Anggun.

 

Ujarnya, disebabkan banyak komplikasi, beliau yang mahu bersalin normal terpaksa akur untuk melakukan pembedahan.

 

“Saya sudah cuba bersalin normal tetapi terpaksa melakukan pembedahan sebab banyak komplikasi.

“Ini kali pertama dikurniakan anak perempuan, rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah bayi sihat,” katanya.

 

Beliau yang juga isteri kepada penyanyi Fuad Rahman sebelum ini pernah berkongsi beberapa komplikasi ketika hamil seperti gula dalam darah tinggi, berat badan kurang dan bayi yang agak besar hingga disarankan untuk bersalin lebih awal.

banyak komplikasi, tom selamat lahirkan baby girl, “saya cuba bersalin normal, tapi..”

Terdahulu, Tom dan Fuad selamat mendirikan rumah tangga di Batam, Indonesia pada 25 Februari 2023. Beliau sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, pernah dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, dan Fuad yang juga pernah bernikah dua kali sebelum ini turut mempunyai dua orang cahaya mata.

 

Sumber: Kosmo! / Instagram