Pasangan terkenal Hollywood, Tom Holland dan Zendaya dilaporkan telah bertunang baru-baru ini.
Bapa kepada Tom Holland berkata, anaknya itu telah meminta izin bapa Zendaya terlebih dahulu sebelum melamar pelakon tersebut.
“Holland seorang yang sangat hebat dan dia membuat persiapan rapi sebelum melamar Zendaya. Dia telah membeli sebentuk cincin dan berbincang terlebih dahulu dengan bapa Zendaya mengenai perancangannya untuk melamar.
“Dia rancang segalanya dengan rapi, bila, di mana, bagaimana, apa yang harus dikata dan apa yang harus dipakai. Dia lebih hebat daripada saya sewaktu melamar ibunya dulu,” kongsinya dalam media sosial.
Sumber: Kosmo