Awas! Tindakan Tegas Menanti Individu Jual PerantiSiswa!

Umum dah sedia maklum pasal Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan untuk bantu proses pembelajaran pelajar IPT golongan B40.

 

Pelajar yang layak akan dapat 1 tablet berjenama dan beberapa aksesori tambahan.

awas! tindakan tegas menanti individu jual perantisiswa!

Bagus sangat program ni tambah-tambah pula kebanyakan kelas dan proses pembelajaran sekarang lebih kepada online.

 

Ingat tak masa PKP dulu, semua kelas termasuklah kerja dibuat secara online dan ramai yang tercicir sebab tak mampu nak beli phone atau tablet dan juga akses internet.

 

Tapi baru-baru ni, 14 kes dikesan melibatkan kes penjualan semula PerantiSiswa di seluruh negara!

 

Tindakan ni sangat tak bertanggungjawab!

 

Dah dapat bantuan, senang-senang je jual dekat orang lain. 

 

Tak kesian ke dekat pelajar yang sangat-sangat memerlukan tablet ni tapi permohonan mereka gagal.

 

Kalau rasa diri mampu untuk beli sendiri tablet tu atau tak perlukan sangat pun bantuan, tolong lah beri ruang dekat mereka yang bertul-betul memerlukan.

 

Jangan ambil kesempatan atas bantuan yang disediakan kerajaan untuk golongan sasar.

awas! tindakan tegas menanti individu jual perantisiswa!

Ingat, tablet yang diagihkan tu ada beberapa aplikasi tertentu yang boleh kesan keberadaan peranti sama ada di universiti atau lokasi lain tau.

 

Individu yang dah jual tablet tu, awas ye! Tindakan tak bertanggungjawab tu dapat dikesan tau. Jangan ingat siapa-siapa boleh terlepas.

 

Tolong lah jaga dan hargai bantuan yang diberikan.

 

Jangan sampai program ni terpaksa dihentikan dek perangai puak-puak yang tak bertanggungjawab.

 

Agak-agak lah sikit!

 

Oleh Izzati Amir