‘‘Varian Baru COVID-19 Kini Menular Di Beberapa Negeri,’’ – KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga varian baharu COVID-19 yang membimbangkan telah menular di beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.

‘‘varian baru covid-19 kini menular di beberapa negeri,’’ – kp kesihatan

Tiga varian itu adalah varian Afrika Selatan (B.1.351) sebanyak 62 kes, varian United Kingdom (B.117) 8 kes, dan dua kes varian India (B.1.617.1).

 

Daripada jumlah kes keseluruhan varian Afrika Selatan itu, 14 kes dikesan semalam iaitu tujuh kes adalah di Kluster Kampung Domis di Kelantan; tiga kes kontak rapat kepada kes aktif di Selangor; satu kes menjangkiti petugas kesihatan di Kelantan; dua kes di Kedah dan satu kes dikesan di Negeri Sembilan iaitu kluster Pengkalan Hulu.

 

Justeru, KKM akan melakukan ujian rawak untuk mengenalpasti varian ini telah merebak ke negeri mana.

‘‘varian baru covid-19 kini menular di beberapa negeri,’’ – kp kesihatan

Tambah Dr Noor Hisham, seorang lelaki warganegara India meninggal dunia pada 21 April lepas kerana dijangkiti COVID-19 daripada varian India.

 

Beliau berkata, lelaki berkenaan dikesan positif COVID-19 dengan varian B.1.617.1 pada 7 April lalu dan dikuarantin oleh KKM.

"Beliau bergejala dan dua kali swab dilakukan dan hasilnya negatif, ini menunjukkan varian ini sangat merbahaya," katanya.

 

Sementara itu, beliau memaklumkan yang 80 peratus daripada jangkitan COVID-19, bukannya daripada kluster tetapi adalah kes sporadik.

"Ini menunjukkan yang virus telah ada dalam komuniti, kita jangka kes akan meningkat," katanya.

 

Sumber: Astro AWANI / Bernama