Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Masa Banjir di Kelantan

Tiga beradik perempuan dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik di kawasan rumah mereka yang ditenggelami air dekat Kampung Morak, Kelantan.

tiga beradik maut terkena renjatan elektrik masa banjir di kelantan

Kejadian berlaku pada Isnin selepas ketiga-tiga mangsa terkena renjatan elektrik selepas dipercayai memegang tiang elektrik berhampiran rumah mereka.

 

Kesemua mangsa dalam lingkungan usia 20 hingga 27 tahun ditemui dalam keadaan terapung di lokasi kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, Isnin.

 

Menurut adik mangsa, sewaktu kejadian kesmeua kakaknya ingin keluar melihat air banjir berhampiran rumah mereka dan pada masa sama rumah mereka turut digenangi air pada paras kaki.

 

Tambah adik mangsa itu lagi, terdapat kabel elektrik yang rosak pada tiang elektrik berhampiran, dipercayai punca mangsa terkena renjatan elektrik.

 

Ketika kejadian, kakak kedua terkena renjatan elektrik, sebelum dua lagi kakak mangsa ingin membantu. Namun, ketiga-tiga mereka maut akibat renjatan elektrik dan kini berada di Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

 

Sumber: Astro AWANI