Tidak Bersyarat Untuk Pengeluaran KWSP i-Sinar, Hanyalah Kriteria- KWSP

tidak bersyarat untuk pengeluaran kwsp i-sinar, hanyalah kriteria- kwsp

Baru-baru ini kecoh dan viral di laman sosial tentang syarat untuk mengeluarkan wang KWSP melalui skim i-Sinar.

Bagaimanapun, KWSP telah mengeluarkan maklum balas dengan menyatakan baawa pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat. KWSP hanya akan melihat kriteria pemohon untuk memastikan permohonan selari dengan data yang dimiliki oleh KWSP.

Menurut KWSP, cara tersebut untuk mempercepatkan dan memudahkan proses kelulusan serta selamat.

"Proses pengesahan diperlukan untuk mengelakkan penipuan dan pengeluaran i-Sinar secara tidak sah oleh pihak ketiga.

"Ahli yang memenuhi kriteria, permohonannya akan diluluskan secara automatik. Permohonan ahli yang dibuat dalam talian hanya memerlukan pengesahan amaun maksimum sahaja dan tidak susah atau sukar," kata dana pencen itu.

 Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN