Tiada Varian Lambda Dikesan Muncul Di Malaysia Setakat Ini

Tiada varian lambda COVID-19 dikesan muncul di negara ini.

varian lambda disifatkan ancaman terhadap spesies manusia, 55 kali lebih berbahaya berbanding alpha

Demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, merujuk kepada soalan yang ditanya beliau menerusi media sosial Twitter pada Selasa.

tiada varian lambda dikesan muncul di malaysia setakat ini

Menurutnya, kajian penjujukan genom yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini tidak mengesan kehadiran varian tersebut di negara ini.

 

"Tidak betul, kajian penjujukan genom terbaharu menunjukkan kesemua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian Of Concern (VOC) yang dominan.

"Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita," katanya.

tiada varian lambda dikesan muncul di malaysia setakat ini

Varian Lamnda yang pertama kali seumpamanya dikesan di Peru, sudah merebak ke 26 buah negara termasuk wabak besar di Chile, Peru, Argentina dan Ecuador. Ia dilabel sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) ole Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Berdasarkan penemuan oleh pasukan penyelidik di Jepun, varian terbabit dikatakan mudah berjangkit dan lebih kebal terhadap vaksin berbanding virus asal yang pertama kali dikesan di Wuhan, China.

 

Hasil daripada eksperimen yang dijalankan di dalam makmal itu, didapati bahawa tiga mutasi pada protein lonjakan Lambda, yang dikenali sebagai RSYLTPGD246-253N, 260 L452Q dan F490S, menyebabkan ia berupaya menentang peneutralan oleh antibodi yang disebabkan vaksin.

 

Selain itu, dua mutasi tambahan iaitu, T76I dan L452Q, menyebabkan Lambda sangat mudah berjangkit, menurut mereka.

 

Sumber: [1]