JDT sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Doha.
Perkara itu dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara ekoran polisi kerajaan yang tidak membenarkan pergerakan secara beramai-ramai ke luar negara.
Tidak dinafikan, berita tersebut mengecewakan skuad Harimau Selatan itu namun ianya demi menjaga keselamatan dan kesihatan daripada jangkitan COVID-19.
Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards berkata JDT akur dan menerima keputusan tersebut demi kebaikan semua pihak.
Saingan Liga Juara-Juara Asia terhenti sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19 dan dijadual bersambung semula 19 November ini.
Kejohanan tersebut juga akan diadakan secara berpusat di Doha.
JDT telah harungi 2 perlawanan dalam saingan tersebut musim ini dan berada di tangga ke-2 kumpulan G.
Juara Liga Super 7 kali berturut-turut itu tewas 1-5 kepada kelab Jepun, Vissel Kobe pada aksi pertama sebelum memenangi perlawanan kedua mereka berdepan Suwon Bluewings 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Memang sayang sebab JDT tak dapat teruskan saingan Liga Juara-Juara Asia musim ini tapi demi kebaikan sejagat, mereka terpaksa berkorban.
Takpe JDT, musim depan boleh cuba lagi!
Oleh: Karami Kamel