Tiada Pilih Kasih, Kluster Kayangan Pun Boleh Dikenakan Tindakan

tiada pilih kasih, kluster kayangan pun boleh dikenakan tindakan

Baru-baru ini viral di media sosial akan kerosakan yang berlaku di hotel yang dijadikan pusat kuarantin sementara. Perkara tersebut membuatkan ramai yang kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Petang tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa pihak hotel boleh mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang melakukan kerosakan termasuklah golongan yang menganggap diri mereka ‘kluster kayangan’.

‘"Timbul lagi isu dari kluster kayangan. Siapa pun, mereka tertakluk kepada peraturan dan undang-undang di hotel sekalipun. Kalau mereka melanggar peraturan hotel dan undang-undang, terserah kepada pihak hotel untuk mengambil tindakan kepada mereka.

"Saya dengar ada yang merosakkan barangan dalam bilik hotel, ada yang merosakkan cadar, dan sebagainya. Hotel mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mereka," katanya dalam sidang media harian petang tadi.

Sumber: Astro Awani