Walaupun kerajaan sudah menetapkan undang-undang, tidak boleh rentasi negeri kecuali bagi sesiapa yang mempunyai surat sahaja yang dibenarkan rentasi negeri. Ia ibarat semakin di ingatkan semakin ramai yang berdegil dan masih mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata sesiapa yang cuba melakukan kesalahan merentasi negeri, bukan saja diarahkan berpatah balik tetapi akan dikenakan saman juga.
Sekali lagi diingatkan tujuan utama undang undang rentasi daerah ini adalah untuk menyekat penularan pandemic COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat.
Janganlah berdegil dan patuhi SOP dan undang undang kerajaan supaya kita sama sama dapat menyabut raya dengan aman.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: bharian