Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha nafi dakwaan kononnnya jalin hubungan istimewa dengan Aedy Ashraf.
Ini selepas gambar mereka yang dimuat naik di laman sosial kelihatan mesra dan memberi gambaran seperti pasangan yang sedang berbahagia.
“Saya dah lama kenal dengan Aedy beberapa tahun yang lalu tapi sekadar kawan sahaja.
“Selain itu, tiada istilah untuk menumpang populariti Aedy dengan bergambar bersama-sama atau ambil kesempatan terhadapnya.
“Saya juga sibuk dengan kerja sendiri dan tidak berdiam diri, pelbagai kerja saya lakukan termasuklah dengan kerja-kerja promosi di laman sosial terutama Instagram,” katanya dalam Majlis Sidang Media Top 5 Anugerah Indusri Muzik 23 di ibu negara.
Dalam pada itu, Daiyan bersyukur tercalon Top 5 AIM23 bagi kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Penat berkolobrasi dengan Tuju.
“Alhamdulilah pencalonan ini satu di luar jangka kerana yang turut tercalon dalam kategori tersebut turut bagus.
“Apa-apa saya serahkan kepada Nya, jika menang ia adalah rezeki tetapi sudah tercalon top 5 cukup bersyukur buat saya,” ujarnya.
Saksikan AIM23, 11 September ini jam 9 malam disiarkan di Astro Ria.
Oleh: Syahdeen