Tiada Cadangan Wajibkan Dos Penggalak Vaksin

Tiada cadangan untuk mewajibkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia.

tiada cadangan wajibkan dos penggalak vaksin

Demikian dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang berkata pihak kerajaan kini mengambil inisiatif dengan memberi nasihat secara bersungguh-sungguh agar rakyat mengambilnya.

 

Katanya lagi, sejak pengenalan vaksin mulai tahun 1950-an, pemberian vaksin kepada rakyat adalah tidak wajib dan tiada arahan untuk mewajibkan pengambilannya.

 

"Kita dah buat vaksinasi bukan benda baru, sejak 1950-an lagi, daripada kita kecil sampai ke umur lima tahun, memang tiap-tiap bulan ada cucuk dan kita tidak pernah mewajibkan, tak pernah mewajibkan cucuk ini.

"Tapi kita nasihat (supaya ambil) kerana untuk pengetahuan semua orang, banyak penyakit-penyakit seperti polio, campak, hepatitis dan sebagainya, telah turun dalam dunia ini, telah menyelamatkan nyawa orang kerana ada program vaksinasi ini," jelasnya.

tiada cadangan wajibkan dos penggalak vaksin

Menurut beliau lagi, dos penggalak bukan sahaja untuk virus COVID-19, tetapi juga kepada penyakit-penyakit lain seperti hepatitis. Malah, kakitangan perubatan juga perlu mengambil suntikan influenza setiap tahun.

 

Sasaran sebanyak 80 peratus diletakkan kepada rakyat Malaysia untuk menerima dos penggalak, dan kini hanya 63.7 peratus yang telah menerimanya.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN