Terlupa Nak Buang Mask Sewaktu Nak Ambil Gambar, Maka Dapatlah Lesen Versi PKP

terlupa nak buang mask sewaktu nak ambil gambar, maka dapatlah lesen versi pkp

Siapa je yang tak excited apabila dapat lesen kan? Mesti setiap orang ada kisah dan pengalaman tersendiri tentang perjalanan mereka dalam menyiapkan lesen memandu.

Seorang wanita di twitter telah berkongsi satu kisah yang agak lucu tentang pengalamannya menyiapkan lesen memandu. Bebenang yang ditulis oleh pengguna twitter dengan twithandle @nabihahaiman ini mendapat lebih 13 ribu RT dan 30 ribu tanda suka.

Disebabkan COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya, jadi belia mengambil langkah selamat dengan memakai penutup mulut dan hidung (mask). Bagaimanapun, ketika pegawai JPJ memintanya untuk mengambil gambar untuk lesen memandu, beliau terlupa untuk menanggalkannya.

Akibatnya, gambar lesen memandu itu telah disertakan sekali dengan mask yang dipakai olehnya. Selepas memperoleh gambar, barulah beliau terperasan akan kelainan pada lesen memandunya.

Bagaimanapun dia tetap berfikiran positif dengan menganggap sebagai kenangan lesen memandu versi PKP.

Sumber: Twitter @nabihahaiman