Terbaru! Nabil Ahmad Tampil Dengan Siri Animasi Lu Pikir La, Nabil!

Tahun 2021 sememangnya merupakan satu tahun yang bermakna bagi personaliti pengacara dan pelawak Nabil Ahmad.

selepas mat bond malaya, nabil ahmad tampil dengan lu pikir la, nabil! pula

Selepas melancarkan filem pertama arahannya, Mat Bond Malaya, Nabil Ahmad sekali lagi mengerjakan projek besar terbarunya iaitu siri animasi selebriti pertama Malaysia, Lu Pikir La, Nabil!

Berlatar belakangkan kampung halamannya, Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan, Lu Pikir La, Nabil! mengisahkan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan berserta momen persahabatannya bersama rakan-rakan dan kekalutan perangai orang kampung yang diabadikan dalam bentuk lukisan oleh Nabil sendiri.

selepas mat bond malaya, nabil ahmad tampil dengan lu pikir la, nabil! pula

Menariknya, segala yang diceritakan dalam Lu Pikir La, Nabil! adalah kisah yang tidak pernah belum dikongsikan bersama orang ramai sepanjang kariernya bergelar seorang anak seni.

Siri animasi Lu Pikir La, Nabil! merupakan siri animasi selebriti pertama Malaysia dan telah pun menemui peminat pada 14 Oktober lalu.

Ia bakal bersiaran sebanyak empat episod setiap Khamis jam 9 malam menerusi platform YouTube MeleTOP.

ARTIKEL BERKAITAN