Baru Sebulan Bersama, Tegar Dikatakan Curang Dengan Teman Wanita?

Selepas bercerai dengan bekas isterinya, penyanyi dari negara seberang Tegar Septian mempunyai teman wanita baru dan dikatakan baru sebulan bercinta. 

Tetapi khabar angin pula mengatakan yang Tegar kantoi curang dengan wanita lain. Betul ke? 

Teman wanita Tegar,  Olla Putri Octaviani mendedahkan perkara itu di dalam laman Instagram miliknya dan mengatakan yang mereka telah  berpisah kerana dia merasakan dirinya tidak dihargai oleh Tegar. 

baru sebulan bersama, tegar dikatakan curang dengan teman wanita?

"Jangan ditanya lagi tentang Tegar sebab kami berdua sudah putus! Tolong ya. Ceritanya yang gatal ialah Tegar! Jadi baik putuskan hubungan sebab rasa tidak dihargai lagi," katanya.

baru sebulan bersama, tegar dikatakan curang dengan teman wanita?

Tambahnya lagi, Tegar kini sudah menyekat akaun Instagram Olla tanpa mengetahui apa sebabnya. 

Walau bagaimanapun, Olla telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia meminta maaf kepada BabyNa kerana dituduh menjalinkan hubungan bersama Tegar dan meminta orang ramai  untuk berhenti menyerang wanita itu. 

"Saya minta maaf kepada BabyNa kerana menuduh awak gatal dengan Tegar semalam kerana saya salah faham.

"Selepas mendengar cerita sebenar, saya mengaku salah dan BabyNa tidak bersalah dalam hal ini," katanya.

Tegar pula tidak ada memberikan sebarang komen tentang masalah perhubungannya bersama Olla. 

Sumber: Mstar