Sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya dibuat pada 1 September ini, telah ditangguhkan kepada 3 Oktober depan.
Ia bagaimanapun akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan, hinggalah kepada pelajar-pelajar lain di semua sekolah di negara ini.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, tarikh pembukaan sekolah itu ditangguh selepas pihaknya meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan wabak COVID-19 di seluruh negara dan mengambil kira keselamatan pelajar serta kebimbangan ibu bapa.
“Berdasarkan penelitan semasa, Kementerian Pendidikan (KPM) telah buat ketetapan bahawa pembukaan semula sekolah dilewatkan sedikit ke tarikh 3 Oktober 2021
“Perincian mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat.
“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN,” katanya.
Terdahulu, KPM mengumumkan sesi persekolahan bagi Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka ditetapkan pada 1 September ini secara berperingkat. Namun keputusan itu tertakluk kepada penilaian risiko KKM dan MKN bagi melihat risiko jika wujud keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.
Sumber: Astro AWANI