Tarikh Akhir Penerima Sinovac Ambil Booster Tidak Lagi Dilanjutkan

Pemberian suntikan dos penggalak (booster) kini sedang rancak dijalankan di seluruh negara.

tarikh akhir penerima sinovac ambil booster tidak lagi dilanjutkan

Umum sedia maklum, semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan booster bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

 

Mereka yang gagal berbuat demikian akan menyebabkan status vaksinasi mereka pada aplikasi MySejahtera menjadi tidak lengkap.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan lagi melanjutkan tempoh pemberian dos booster kepada penerima vaksin Sinovac seperti yang telah ditetapkan iaitu 31 Mac depan.

tarikh akhir penerima sinovac ambil booster tidak lagi dilanjutkan

Berikut adalah info ringkas mengenai perkara yang dimaklumkan YB Menteri pada Rabu:

1. Sekiranya golongan itu masih enggan mendapatkan dos booster selepas tarikh yang ditetapkan, status vaksinasi mereka akan bertukar kepada tidak lengkap.

2. Tempoh yang diberi tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tetapi untuk beri masa kepada mereka melengkapkan (booster) dalam tempoh lanjutan (yang ditetapkan) dan ini terakhir serta muktamad.

3. Jika pada tarikh akhir ini mereka masih tidak dapatkan dos booster, maka status adalah tidak lengkap. Sijil digital dalam aplikasi MySejahtera akan bertukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

 

Sebelum ini, tempoh akhir penerima vaksin Sinovac untuk mendapatkan dos booster adalah sehingga 28 Feb, namun ia dilanjutkan ke 31 Mac 2022.

 

Pemberian dos penggalak adalah bertujuan memberikan perlindungan yang optimum terhadap jangkitan virus COVID-19. Ia juga mampu mengurangkan risiko jangkitan akibat penyakit yang teruk, khasnya kepada golongan berisiko tinggi.

 

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN