Tanah Runtuh Di Genting Highlands

Petang semalam telah dilaporkan berlaku tanah runtuh yang telah menjejaskan Jalan Amber Court dan jalan menuju ke Hotel Grand Ion D’Elemen.

Kejadian tanah runtuh ini disahkan oleh Yusry Abdullah Sani, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands. Pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 5.40 petang.

tanah runtuh di genting highlands

tanah runtuh di genting highlands

tanah runtuh di genting highlands

tanah runtuh di genting highlands

tanah runtuh di genting highlands

tanah runtuh di genting highlands

Jalan yang terlibat dengan tanah runtuh itu tidak menjejaskan kawasan pelancongan Genting Highlands.

Beliau juga mengesahkan rakaman video yang tular semalam yang memaparkan visual tanah runtuh di hadapan sebuah bas adalah benar.

Oleh: Abdul Rahman Bin Khairuddin