Inspirasi Dari Kisah Benar TAKLUK: LAHAD DATU Tanda Penghargaan Buat Wira Negara

Filem yang dinanti-nantikan,TAKLUK:LAHAD DATU - DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, yang menceritakan semula kisah Krisis Pencerobohan Lahad Datu pada 2013, akan menemui penonton di pawagam tempatan mulai 22 Ogos ini. Penggambaran filem ini telah dijalankan selama hampir dua bulan di Semporna dan Lahad Datu, Sabah, dan di sekitar Selangor.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, TAKLUK:LAHAD DATU - DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar, Adam Corrie Lee, Mustaqim Bahadon, dan Zarul Umbrella. Filem yang bakal ditayangkan di bulan kemerdekaan kelak dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara.

inspirasi dari kisah benar takluk: lahad datu tanda penghargaan buat wira negara

Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013 telah memberikan impak yang sangat besar buat negara, di mana seramai 10 orang wira telah terkorban. Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air. TAKLUK:LAHAD DATU - DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, juga tersedia dalam format IMAX® dan Dolby Atmos di pawagam terpilih seluruh negara dan merupakan filem lokal kedua ditayangkan dalam IMAX®.

TAKLUK: LAHAD DATU - DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR dipersembahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, dan Six Fun Media, serta diedarkan oleh GSC Movies. Ia juga dipersembahkan bersama oleh CUCKOO, dengan pengiktirafan khas kepada ArtiqAir.

GSC juga telah melancarkan promosi Merdeka dengan menawarkan tiket Tayangan Awal bernilai RM750,000 untuk filem TAKLUK: LAHAD DATU - DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR (tayangan bermula dari 16 Ogos hingga 18 Ogos) di semua lokasi di seluruh negara.