Takahara Suiko Dedikasikan Album Buat Seluruh Wanita

Kumpulan The Venopian Solitude kembali lagi dengan album.. Mempertaruhkan 12 buah lagu, konsep album ini menceritakan perjuangan seorang wanita dalam menggunakan bakatnya untuk terus mara dalam kehidupan.

Bersempena pelancaran album ini, kami sempat bertemu dengan vokalis kumpulan TVS, Takahara Suiko (Takahara) dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan album ini. Jom ikuti temu bual kami bersama Takahara Suiko mewakili The Venopian Solitude.

takahara suiko dedikasikan album buat seluruh wanita

“Setiap lagu yang ada dalam album ini menceritakan kitaran kehidupan seorang gadis yang baru discover bakat yang ada dalam dirinya. Kemudian, dia menggunakan bakat tersebut untuk masuk ke dalam industri.

Masuk sahaja dalam industri, dia terkejut dengan realiti yang sebenar. Semenjak dari itu, dia mula play with the game and go with the flow. Setelah itu, dia menjadi famous dan mula riyak sehingga Tuhan menarik nikmat yang dia ada.

Lebih perit lagi, kejatuhannya menjadi abu. Namun, gadis ini tersedar kesilapannya yang lalu dan kemudian dia berusaha berdiri dan kembali berjuang dengan bakat yang dimilikinya.” Cerita Takahara Suiko akan konsep album ini.

Bagi Takahara, album ini adalah satu peringatan buat dirinya bahawa segala yang dimilikinya ketika ini adalah anugera Tuhan. Maka, seharunya dia perlu sentiasa merendah diri dengan bakat yang dimiliki dan digunakan dengan sebaiknya. Takahara juga sedar bahawa semua perkara boleh hilang dalam sekelip mata.

Satu keunikkan tentang album ini adalah nilai seni yang ditawarkan. Setiap lagu, terdapat satu lukisan yang mempunyai kaitan dan cerita tersendiri. Jadi, terdapat 12 lukisan mewakili 12 lagu yang terdapat di dalam album tersebut. Lebih menarik lagi, setiap mereka yang hadir ke pelancaran album itu baru-baru ini akan menerima sebuah album berserta lukisan tersebut.

Kami turut bertanya, mengapa Takahara sangat berani untuk menjual album fizikal memandangkan dunia digital mula menguasai segenap industri muzik. Ini jawapan yang diberikan Takahara,

“Kami percaya kepada crowd kami. Mereka masih mahu membeli album dalam bentuk fizikal dan menghargai seni muzik sedemikian. Mereka yang pergi gig dan sebagainya masih mencari dan mahukan album dalam bentuk CD. Jadi, kami yakin masih ada demand untuk album dalam bentuk fizikal ini.”

Kami turut bertanya kepada Takahara pandangan beliau akan gadis yang mahu menceburi bidang ini tapi takut dengan padangan masyarakat.

“Abaikan segala pandangan. Kalau kalian ada kemampuan dan bakat, teruskan je. Zaman sekarang ni kalau nak jadi pengkarya indiependent, kalian tak perlukan label pun. Yang penting bakat dan kebolehan.” Jawab Takahara.

Mengakhiri temu bual ini, kami menyoal Takahara apa harapan beliau akan album Hikayat Gundik Berirama dan ini jawapan Takahara,

takahara suiko dedikasikan album buat seluruh wanita

“Saya tak kisah orang suka atau tak akan album ini sebab album ni dah siap pun. Cuma saya sangat berharap pendengar akan lebih menghargai bahasa tanpa mengira apa bahasa sekali pun. Ayuh lah sama-sama kita memperkasakan bahasa kita dan bahasa-bahasa yang lain.”

Kami mengucapkan salam maju jaya buat Takahara Suiko dan The Venopian Solitude. Terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan mampu memberi inspirasi kepada semua.

takahara suiko dedikasikan album buat seluruh wanita

takahara suiko dedikasikan album buat seluruh wanita

takahara suiko dedikasikan album buat seluruh wanita

takahara suiko dedikasikan album buat seluruh wanita