Tak Tahan Bau Hancing Di Hadapan Rumah, Terkejut Rakaman CCTV Tunjuk Jiran Simbah Air Kencing?

Kecoh di Tiktok baru-baru ini, seorang pengguna yang berkongsi sebuah video yang memaparkan kejadian aneh dan jarang berlaku di hadapan rumahnya.

Menurut pengguna tersebut, lejadian ini telah berlaku bukan sekali malah berakali-kali dan pengguna tersebut bertekad untuk memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di luar kediamannya. 

 

@snow_queenz_ Perbuatan apakah ini? Mental ke apa? #jiranpuaka #misteri #terbongkar ♬ Mysterious - Andreas Scherren

Menerusi video tersebut, pengguna ini mendakwa yang rumahnya sering mempunyai cecair misteri dan busuk seperti bau hancing air kencing. Tidak mahu berfikir panjang pengguna tersebut hanya menyangka itu adalah bau air kencing kucing. 

“Mula-mula ingat air kencing kucing tapi tak logik sampai ke atas tu. Lepas itu, ingat ada jin atau syaitan melekat dekat situ. Siap tabur garam, dan baca-baca sikit tapi pelik masih ada”, katanya.

Berbagai cara telah dilakukan oleh pengguna ini, namun cecair tersebut tetap akan ada keesokan harinya. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku setiap kali penghuni tiada di rumah.

Akhirnya pengguna tersebut bertekad untuk memasang CCTV untuk melihat apa punca sebenar cecair itu datang. 

Hasil daripada pemasangan CCTV tersebut, ia menunjukkan tindakan seorang jiran sebelah yang menyimbah cecair tersebut ke rumahnya. Difahamkan juga, mereka telah membuat laporan polis dan si pelaku kini sudah ditahan untuk tindakan selanjutnya. 

 

Sumber: Tiktok @snow_queenz_