“Tak Semua Salah Penyondol, Lelaki Yang Buka Ruang” - Reen Rahim

Mengulas isu penyondol, pelakon Reen Rahim berkata orang ketiga yang sering dijadikan punca kemelut dalam sesebuah perkahwinan tidak harus dipersalahkan namun, dia merasakan lelaki yang memberi ruang kepada mereka untuk masuk dalam hubungan rumah tangga. 

“Kalau kena sondol bukan salah penyondol.

“Salah lelaki yang buka ruang bagi penyondol masuk menyondol,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memberi amaran kepada suami selain melepaskan penyondol kepada ahli keluarganya untuk diuruskan.

“Jadi, awas ya bukan aku kerjakan penyondol.

“Aku suruh mak mentua, adik-adik ipar, biras-biras dan anak-anak buah sondol si penyondol,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo