"Tak Perlu Jatuhkan Mak Wan, Dia Tak Punya Duit & Harta" - Didie Alias Tumpang Simpati

Pelakon Didie Alias meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang ditimpa pelakon veteran, Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, atau lebih dikenali sebagai Mak Wan Latah.

tak perlu jatuhkan mak wan, dia tak punya duit & harta - didie alias tumpang simpati

Bulan lalu, Mak Wan mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taping, Perak atas tuduhan meludah pembantu peribadinya.

Kata Didie, dia percaya Mak Wan berbuat demikian kerana ingin menjaga maruah diri dan reputasinya sebagai pelakon.

“Saya ada hubungi Mak Wan selepas dia ke mahkamah tempoh hari. Menerusi panggilan itu juga dia masih tidak mengaku bersalah untuk menjaga maruah dan reputasinya. Saya faham kenapa dia berbuat demikian. 

“Memang ada sembilan saksi daripada pihak sana, tetapi adakah mereka sediakan bukti yang mengatakan Mak Wan meludah pembantu peribadinya itu?” kata Didie.

Tambahnya, dia sendiri tidak mengerti sebab pihak sebelah sana tetap mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap Mak Wan biarpun isu itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Besar sangat ke isu ini untuk dipanjangkan? Tak tahulah pihak sebelah sana tak puas hati ke sebab saya tak pergi berjumpa dengannya? Itu saya tak pasti.

“Saya pun tak faham kenapa dia nak jatuhkan Mak Wan. Mak Wan bukan level artis popular yang kau nak jatuhkan. Hentikanlah benda mengarut ini. Bukan saya nak raih simpati sebab saya hanya jadi pendengar dan penasihat sahaja.

“Apa yang dia akan dapat kalau lawan kes ni? Mak Wan tak ada duit, tak ada harta. Dia hanya ada kasih sayang untuk anak-anak dia sahaja. Tak payahlah buat orang tua tu sampai terduduk ke tanah,” katanya lagi.

Memetik Astro Awani, berdasarkan kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun lalu.

Pelakon veteran itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

 

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN