Memilih untuk menjaga aib, pelakon Fattah Amin akui ada menyimpan rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura yang kekal disimpan sehingga ke hari ini.
Menurutnya, dia tidak akan mendedahkan hal ini kerana menghormati perjanjian yang termaktub dan dipersetujui di mahkamah.
“Saya pun ada tahu satu benda fasal dia tetapi kami dah bersetuju untuk tidak mahu buka aib masing-masing.
“Saya pun dah bersetuju tidak memfailkan nusyuz (langgar perintah), jadi jangan buat perkara begini (buka aib),” katanya.
Dalam pada itu, Fattah juga berharap agar dakwaan yang boleh membuka aib tidak akan tersebar kepada pihak luar.
Sumber: Kosmo