“Tak Perlu Ada Team A Team B, Cukup Doakan Yang Terbaik Buat Fazura & Fattah” - Umie Aida

Pelakon Datin Seri Umie Aida menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu memihak dengan mana-mana pihak yang mungkin akan menimbulkan fitnah semasa membincangkan mengenai keberantakan rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.

“Tak perlu nak ada team A atau team B,”katanya.

Menurut Umie, tindakan memberi sokongan kepada mana-mana pihak hanya akan memburukkan lagi keadaan. 

“Tak perlu nak ada team A atau team B. Cukup mendoakan yang baik-baik dan kita tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui.

“Sayang Fattah dan Fazura,” katanya. 

Sumber: Kosmo