Ingatkan Orang Biasa, Pasangan Ini Tak Perasan Remy Ishak Yang Tolong Ambil Gambar

Menjadi lumrah sebagai selebriti, pasti ada yang akan mengambil kesempatan untuk bergambar bersama apabila pergi ke mana sahaja.

 

Namun apa perasaan anda apabila individu yang tolong mengambil gambar anda itu rupanya adalah seorang selebriti terkenal, dan mungkin juga individu popular yang anda ingin temui?

 

Terbaharu, isteri kepada pelakon popular, Remy Ishak telah memuatnaik sebuah video di Tiktok menunjukkan suaminya itu sedang gigih membantu mengambil gambar satu pasangan ini di Tasik Cermin, Perak.

ingatkan orang biasa, pasangan ini tak perasan remy ishak yang tolong ambil gambar

“Tadi singgah Tasik Cermin ada satu couple mintak tolong ambik gambar, macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!

“Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini,” tulis isteri kepada Remy Ishak itu pada ruangan kapsyen.

 

@roseezza Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023 ♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi - Kopi Rona

 

Perkongsian video itu nyata meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen mengatakan jika mereka adalah pasangan tersebut pun pasti tidak dapat mengenali hero Malaya ini kerana Remy Ishak memakai pelitup muka.

ingatkan orang biasa, pasangan ini tak perasan remy ishak yang tolong ambil gambaringatkan orang biasa, pasangan ini tak perasan remy ishak yang tolong ambil gambar

 

Sumber: Tiktok @roseezza