SYOK WEH Ke Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah

syok weh ke amanjaya mall, sungai petani kedah

SYOK WEH kembali lagi!

Kali ini SYOK WEH akan bertandang ke utara pula iaitu di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Bermula dari jam 11 pagi hingga 9 malam, ada macam-macam aktiviti dan hadiah yang menarik untuk korang.

Seperti tempat-tempat sebelum ini, antara selebriti yang akan hadir ialah penyampai trio Pagi Di Sinar iaitu Jep, Angah dan Rahim. Selain tu, duo Bro Buskers iaitu Mawi dan Anas turut bersama untuk menghiburkan korang semua dengan berbusking. Mewakili ERA, Radin dan Haniff Hamzah akan turut bersama dengan korang.

Persembahan live pula akan dibarisi Usop, Lil J dan Hael Husaini. Bukan tu je, korang boleh menang macam-macam hadiah melalui pelbagai aktiviti seperti pusing dan menang.

Yang penting, korang kena download aplikasi SYOK secara percuma di App Store dan Play Store.

Jadi, orang Kedah, Perlis, Penang dan Perak, mai turun ramai-ramai tau!

Berapa jumlah rangkaian jenama radio yang terdapat dalam aplikasi SYOK?



Apakah tagline SYOK?