Syifa Melvin Akui Menangis Tertekan Uruskan Anak Lepas Bergelar Ibu

Pelakon, Syifa Melvin akui bukan mudah untuk menjaga seorang anak, terutamanya pada awal kelahiran.

garis rahang bayi syifa melvin dan safawi rashid curi tumpuan ramai, “handsomenya!”

Pemilik nama sebenar Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 28, berkata, beliau pernah menangis akibat terlalu tertekan selepas bergelar ibu.

 

“Selepas dua bulan menjadi ibu, perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang terasa sangat kekok dan tertekan.

“Saya sendiri menitiskan air mata beberapa kali, badan penat, tidur tak payah cakap, memang tidak teratur,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

 

Isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan, Safawi Rasid itu berkata lagi kehidupannya kembali ceria selepas berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan, sekaligus berjaya mengawal perubahan itu.

syifa melvin akui menangis tertekan uruskan anak lepas bergelar ibu

“Lama-kelamaan bila sudah dapat rentak, jadi seronok pula bergelar ibu bapa. Bila tengok anak pun timbul perasaan bahagia itu.

“Saya doakan kepada semua golongan isteri yang masih menanti (zuriat), penantian itu bakal berakhir tak lama lagi, jangan berhenti berusaha dan berdoa.

“Rahim kalian akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat golongan ibu semua, Aamin,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syifa Melvin (@syifamelvin)

 

Untuk info, Syifa dan Safawi bernikah pada 28 November tahun lalu, dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Petaling Jaya, Selangor.

 

Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Saif Sulaiman pada 30 September lalu.

syifa melvin akui menangis tertekan uruskan anak lepas bergelar ibu

Baca: Garis Rahang Bayi Syifa Melvin dan Safawi Rashid Curi Tumpuan Ramai, “Handsomenya!”

 

Sumber: Instagram