“Mungkin Dia Keluar Dolla Sebab Nak Berubah” - Peminat Doakan Imej Baharu Syasya Berkekalan

Selepas berita pengunduran diri daripada kumpulan Dolla, Syasya baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila tampil bertudung pada hari raya. 

Video Syasya yang pada ketika itu berada dalam kereta itu telah dikongsi oleh ibu Syasya sendiri dan telah mengundang pujian orang ramai 

Walaupun tiada sebarang keterangan mengapa Syasya memilih untuk keluar daripada Dolla adakah untuk berhijrah, namun ramai peminat mendoakan yang terbaik untuk Syasya. 

 

@idolla_nab lawa weh😩 #syasya #dolla #dollaofficial #tiktokmalaysia #viral #fyp ♬ original sound - Angel curi doraemon syasya

 

Ramai netizen mendoakan agar imej baharu Syasya akan terus berkekalan, selain membuat spekulasi gadis terbabit mahu menyertai pertubuhan keagamaan.

“Masa dia keluar Dolla sudah terfikir entah-entah dia nak berubah ke arah kebaikan. Harapnya yang aku fikir jadi kenyataan,” kata peminat.

“Pada saya kalau dia keluar Dolla dengan niat berubah saya sokong. Nak berubah bukan senang,” tulis seorang netizen.

Sumber: Kosmo