Kini sedang melalui fasa kehamilan, bekas ahli kumpulan Dolla Syasya akui sering mengalami perubahan emosi yang ketara sehinggakan akan menangis tanpa sebab.
Menurut Syasya, dia sering merasa sunyi walaupun ada ramai orang di sekeliling dirinya.
“Awak semua tahu tak apa yang orang tidak dedahkan ketika mereka hamil iaitu tentang rasa sunyi.
“Walaupun ada orang yang di sekeliling menyokong dan menemani tapi pengalaman ini, diri sendiri sahaja akan lalui.
“Kadangkala akan rasa sangat beremosi ketika hamil. Perkara kecil pun boleh buat menangis. Entahlah, pelik juga,” katanya.
Dalam pada itu Syasya berpendapat sokongan orang terdekat sangat penting untuk ibu hamil mendepani emosi turun naik.
“Sebab itu sangat penting untuk ada ‘support system’ yang boleh bagi kita semangat,” tambahnya.
Sumber: Kosmo