Lepas Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Siapkan Pasir Salak?

Selepas kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pengarah filem berkaliber, Syamsul Yusof dikatakan akan meneruskan filem Pasir Salah: King of The River.

lepas mat kilau, syamsul yusof bakal siapkan pasir salak?

Filem Pasir Salak: King of The River merupakan projek yang diilhamkan oleh Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin yang pernah tergendala suatu ketika dahulu.

 

Menurut laporan, Syamsul dikatakan sudah berbincang dengan anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin mengenainya dan kini sedang meneliti dari pelbagai sudut termasuk bajet pembikinan sebelum sebarang keputusan dibuat.

 

"Sebenarnya, saya dah ada berbincang dengan anak Allahyarham Jins Shamsuddin yang ada menghubungi saya berkaitan filem Pasir Salak itu. Jadi, saya terfikir juga kenapa tidak ia diteruskan semula.

"Ini kerana, pada saya ia juga suatu niat yang murni untuk menyambung kembali kerja-kerja yang pernah dibuat oleh Allahyarham. Boleh dikatakan, arwah pun dah buat banyak kajian untuk filem itu (Pasir Salak) dan pernah juga mendapat dana daripada kerajaan sebelum ini.

"Tapi, apa yang saya difahamkan dana diperoleh itu tidak secukupnya dan proses pembikinan filem akhirnya tergendala. Namun, banyak kajian sudah dilakukan, skrip asal telah ada, barang-barang props seperti senjata dan pelan set pun dah ada. Jadi, tinggal kita nak 'proceed' saja," katanya.

 

Tambah Syamsul lagi, pembikinan filem epik juga tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan banyak rujukan serta memakan masa yang lama.

 

Sumber: Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN