Filem Mat Kilau Hebat Dikritik, Syamsul Yusof Tak Mudah Melatah

Pengarah tempatan masyhur, Syamsul Yusof berkongsi dia bersyukur orang ramai masih berkata-kata mengenai filem arahannya yang telah ditayangkan bermula Jun lalu.

filem mat kilau hebat dikritik, syamsul yusof tak mudah melatah

“Filem Mat Kilau ini sejak dari keluar trailer dah mula viral, dulu satu Malaysia jadi fenomena sampailah ditayangkan di pawagam dan kini dalam Netflix pula.

“Komen negatif atau positif adalah lumrah dalam pembikinan sesebuah filem.

“Saya gembira kerana anda masih lagi bercakap mengenai filem saya dan masih menonton dan menyokongnya,” ujarnya menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram.

Terdahulu pada Julai, pengarah siri filem Munafik pernah menyatakan bahawa kritikan adalah sesuatu yang biasa dalam proses pembikinan filem.

“Pengkritik? Biarkan mereka, kerana itu perkara biasa dalam pembikinan filem. Anda sebagai pembuat filem mestilah jauh lebih bijak daripada mereka, jauh selangkah ke hadapan.

“Apabila Allah berkehendak, Mat Kilau merupakan filem terpantas mencapai jumlah kutipan RM97 juta sekali gus mengatasi rekod ‘box office’ Munafik 2 (RM48 juta) pada 2018.

“Terima kasih sambut saya dengan baik bila saya turun ke pawagam. Saya sangat terharu, alhamdulillah. Insya-Allah ini adalah sebuah filem yang akan diterima baik oleh masyarakat dan majoriti daripadanya akan menghargainya tanpa perlu dipaksa,” ujarnya.

Jumaat lalu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sekali lagi menjuarai carta nombor satu selepas ia ditayangkan dalam platform penstriman popular, Netflix.

Ia bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi yang rata-ratanya negatif dan kritikan mengenai kualiti filem arahan Syamsul itu.

 

Sumber: Kosmo