Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi di mana dia akan meraikan sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ujar beliau, tiada keperluan untuk dia membuat sebarang perkongsian berkaitan perkara membabitkan diri dan keluarganya di media sosial.
"Pasal keluarga saya, tak perlu nak share everthing (kongsi segalanya) untuk diketahui semua orang. Setiap kali jumpa anak, takkan saya nak share (kongsi) di media sosial.
"Nak raya kat mana, itu rahsia saya. Apapun, saya tetap melihat ujian yang melanda ini sebagai satu reflek untuk memperbaiki diri.
"Apa yang jadi dalam kehidupan ini saya reflek balik untuk muhasabah diri," katanya.
Terdahulu, Syamsul telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, 38, dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.
Alasan lain dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz dibuat adalah termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Sumber: HMetro
Foto utama: Utusan