“Alhamdulillah Syamsul Dah Tak Serabut Seperti Dulu, Kini Semakin Ceria” - Datuk Yusof Haslam

Bapa kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berkata anaknya Syamsul Yusof telah pulang ke rumah dua hari berturut-turut untuk menjamah masakan ibunya.

“Alhamdulillah dua hari berturut-turut Syamsul datang rumah. Dia nak rasa masakan mak dia. Jadi mak dia pun masak untuk dia.

“Bila kali pertama dia pulang, kami saling berpelukan dan menitiskan air mata.

“Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang baik. Kami hanya mahukan kedamaian dalam kehidupan. Saya dan isteri pun sudah berada di penghujung usia,” katanya. 

Dalam pada itu, bekas isteri  Syamsul iaitu Puteri Sarah juga dilihat ada sewaktu  pertemuan semula mereka baru-baru ini. 

Namun menurut Yusof, apa pun takdir yang sudah tertulis buat Syamsul dan Puteri Sarah di masa hadapan, dia akan tetap menyayangi mereka berdua.

Sumber: Kosmo