Syamsul Yusof Rela Diri Jadi Tempat Lepas Geram Netizen, Jangan Libatkan Kedua-dua Isteri

Pengarah, Syamsul Yusof meminta agar netizen tidak menjadi batu api dalam krisis rumah tangga beliau ketika ini.

syamsul yusof rela diri jadi tempat lepas geram netizen, jangan libatkan kedua-dua isteri

Menurut Syamsul, campur tangan pihak luar yang memberikan pelbagai komen seakan menggalakan dia dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana untuk berpisah.

 

Ujarnya, tidak rugi pun jika warganet sepakat mendoakan yang terbaik buat dia sekeluarga.

 

“Mohon semua doakan yang terbaik. Tidak rugi mahupun untung jika anda mendoakan kami sekeluarga.

“Mohon juga netizen untuk tidak menjadi batu api seolah-olah mahu kami bercerai,” katanya menerusi video dalam Instagram.

 

Tambahnya, beliau mengakui kesilapan yang dilakukan hingga memberi tempias kepada kedua-dua isterinya, Puteri Sarah Liyana dan isteri kedua, Ira Kazar.

 

Justeru, beliau sedia menjadi tempat melepas geram dan marah netizen dan mohon tidak melibatkan kedua-dua isterinya itu.

 

“Saya tidak mahu anda (netizen) marah atau memberi tohmahan dan apa sahaja kepada kedua-dua isteri saya, Sarah dan Ira.

“Jangan kata benda tak elok kepada mereka. Kalau nak kutuk atau hina sekali pun, sayalah orangnya. Kutuk saya sebab saya yang buat keputusan ini,” katanya lagi.

 

Sumber: Instagram