Pasangan Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dilaporkan gagal untuk mencapai ‘pendamaian’ untuk bercerai, hari ini.
Ini adalah kerana jumlah mutaah yang tinggi serta kes saman terhadap Ira Kazar, telah menjadi penghalang kepada ‘pendamaian’ antara mereka.
Pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai mereka pada 9 April lalu. Syamsul juga dijangka akan melafazkan talak terhadap isteri pertamanya itu hari ini.
Bagaimanapun peguam syarie yang mewakili Sarah memaklumkan draf penyelesaian itu tidak dapat ditandatangani selepas mereka gagal mencapai persetujuan.
Peguam Syamsul pula memaklumkan Sarah telah meminda beberapa terma dalam draf persetujuan tersebut.
“Bila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya plaintif (Sarah) masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.
“Sarah juga meminta jumlah mutaah yang tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh defendan (Syamsul),” ujar peguam itu.
Dalam pada itu, Puteri Sarah dilihat keluar dari dewan mahkamah dengan berang dan matanya bengkak, dipercayai akibat menangis.
Sumber: Utusan