Sebelum ini, pempengaruh, Nur Syamimia pernah meminta netizen untuk henti menyebarkan fitnah terhadap dirinya, gara-gara bersikap ‘neutral’ dengan isu peperangan yang berlaku di bumi Palestin.
Baru-baru ini, menerusi siaran langsung Tiktoknya, Syamimia kelihatan sebak dengan sikap segelintir netizen yang masih mengecam dan meninggalkan komen negatif terhadap dirinya berhubung isu berkenaan.
Bukan itu sahaja, Syamimia turut meluahkan rasa kecewa apabila setiap kandungan yang dihasilkannya tidak dihargai dan netizen terus mencari kesalahannya.
“Bila orang lain pernah berjudi, korang tutup sebelah mata sebab dia post pasal Palestin.
“Bila orang tu pernah minum arak, korang pun tutup sebelah mata sebab dia pun post pasal Palestin.
“Bila saya kongsikan tentang kebersihan rumah, kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak didik anak tapi satu sahaja silap saya, tak post pasal Palestin. Tak ada pula korang nak war-warkan benda elok.
“Adakah saya berjudi, adakah saya minum arak?” kata influencer itu.
Terdahulu, Syamimia pernah mengambil pendekatan untuk berdiam diri selepas dikecam warganet kerana beliau ‘neutral’ berkenaan isu peperangan yang berlaku di bumi Palestin.
Sumber: Tiktok @sayaperempuangberjaya