Syamel Dan Ernie Zakrie Pernah Bergaduh Ketika Rakam Lagu “Aku Cinta”

Siapa sangka di sebalik lagu “Aku Cinta” yang berjaya mengumpulkan jutaan tontonan di YouTube, bahkan turut merangkul anugerah dalam salah satu pertandingan muzik berprestij negara, tersiratnya satu cerita berharga antara pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie.

syamel dan ernie zakrie pernah bergaduh ketika rakam lagu “aku cinta”

Dedah Syamel, “Biasalah dalam menjalinkan hubungan kami tidak terlepas melalui pelbagai dugaan. Bergaduh perkara biasa dan asam garam dalam kehidupan. Waktu merakamkan lagu “Aku Cinta”, kami bergaduh besar hingga tidak bertegur.

“Mungkin keadaan ‘mood’ tidak berapa baik dan rakaman dijalankan secara berasingan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pergaduhan yang berlaku sekitar empat tahun lalu itu bukanlah berpunca daripada faktor orang ketiga, namun lebih kepada kedua-dua mereka yang mempunyai sifat sensitif.

Tapi benarlah, jodoh itu ketetapan tuhan.

Sabtu lalu, Syamel dan Ernie Zakrie meraikan penyatuan cinta mereka menerusi satu majlis resepsi yang diadakan di Bayswater @ KLCC.

Ditanya mengenai soal bulan madu, kongsi Syamel, mereka tidak terburu-buru untuk ke arah tersebut tambah-tambah lagi larangan rentas negeri yang masih dikekalkan.

Terangnya, “Sejak berkahwin, rezeki tidak putus, ada sahaja kerja yang kami perlu lunaskan. Tetapi, kami ada mendapat tawaran daripada Astro untuk merakamkan program Romantika di Pulau Langkawi pada Ramadan ini.

“Apabila Astro membuat tawaran, kami tidak perlu risau dengan soal prosedur operasi standard (SOP) kerana segala-galanya sudah diuruskan.”

 

Sumber: [1]